Selamat Datang Ke Laman Blog Kami...Ini Kisah Kami Semua

Selamat Datang Ke Laman Blog Kami...Ini Kisah Kami Semua

Sunday, April 26, 2009

Juara Piala FA 2009...Selangor

Askum...nampaknya si Pahlawan Merah tidak dapat merebahkan Si Gergasi Merah.Tapi aku rasa final sabtu aritu kurang menarik ler dari final2 piala FA yang lepas.Dari segi penyokong memang ramai.lagipun yang main final team selangor dah sah2 memang terkenal dengan penyokong mereka yang ramai.Tapi tak terlepas juga penyokong kelantan,rata-rata mereka ni adalah yang mencari rezeki kat Lembah Kelang...
Pasal game malam tadi aku rasa seimbang...cuma nasib tak menyebelahi team yang tewas.semua pemain selangor top form cuma semenjak dua menjak ni aku tgk safee sali tak berapa power lah...kena tingkatkan usaha lagi bro!!!bagi pemain terbaik aku rasa lebih memihak kepada Amri walaupun dia score gol penting tapi aku rasa Hardi(si botak) lebih gigih bermain...tapi takpelah yang penting semua pemain memaikan peranan masing2...oklah dengan kemenangan ini secara automatik selangor layak beraksi dalam AFC Cup tahun depan....syabas diucapkan kepada semua pemain dan pengurusan selangor....Viva Selangor!!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Selangor melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Juara 1991, 1997, 2001 dan 2005 itu turut menambah gelaran Liga Malaysia musim 2009 ini selepas Piala Sultan Ahmad Shah, Januari lalu biarpun terpaksa mengikat Kelantan 1-1 sehingga 30 minit masa tambahan setelah kedua-duanya buntu jaringan dalam permainan sebenar 90 minit.

Skuad Wira Merah yang cuba merangkul gelaran sulung bola sepak utama tempatan sempat mendahului menerusi tandukan Nor Farhan Muhammad pada minit ke-92 namun ketua pasukan Gergasi Merah, Amri Yahyah menyamakannya, juga dengan tandukan minit ke-100.

Sepakan penentuan penalti Selangor disudahkan oleh Khairul Anuar Baharum, Nasriq Baharom, D. Surendran dan Safee Sali manakala dua sepakan pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tinggi tersasar.

Di depan kira-kira 80,000 penonton, seawal minit kedua sudah menyaksikan Safee Sali dan R. Surendren terlepas tandukan ketika mencari gol awal daripada satu sepakan sudut D. Surendran setelah penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail terlebih dulu mendakap bola.

Safee, ayam tambatan Merah Kuning, pula mensia-siakan peluang kedua, empat minit kemudian dengan rembatan lambung kaki kiri yang sepatutnya lebih kuat kerana Shahrizan sudah terlajak ke depan.

Gergasi Merah tiba-tiba kelam-kabut di depan gawangnya pada minit ke-8 dengan asakan mengejut Si Kijang namun bek tengah, Nasriq Baharom berjaya meleraikan kegawatan itu dengan pantas merembat keluar.

Pembaziran peluang Kelantan berlaku pada minit ke-11 menerusi sepakan bebas sayap kirinya, Indra Putra Mahayuddin yang sekadar melambung tinggi, begitu juga rembatan Ahmad Ezrie Shafizie Sazali, 10 minit selepas itu.

Kesempatan terbaik untuk menebus kesilapan itu yang turut mengejutkan Selangor tiba pada minit ke-23 apabila rembatan kaki kanan Indra sempat menggegarkan palang ketika penjaga gol lawan, Hamsani Ahmad sudah pun tumpas.

Pada minit ke-52, Selangor mengorak langkah dengan asakan yang lebih meyakinkan lalu nyaris beroleh gol sulung jika tandukan ketua pasukan, Amri Yahyah lebih tajam dihala melepasi Shahrizan.

Merah Kuning sekali lagi berpeluang baik menerusi rembatan kaki kiri Rudie Ramli yang memusingkan badannya daripada sepakan bebas D. Surendran pada minit ke-68 namun Shahrizan masih tangkas membaca dan menangkapnya.

Kelantan sebaliknya enggan mengalah dengan tentangannya lalu minit ke-83 menyaksikan penyerangnya, Nor Farhan Muhammad yang diumpan Khalid Jamlus, meledakkan rembatan sebelum ditumbuk ke depan oleh Hamsani.

Gol yang ditunggu-tunggu kira-kira 50,000 penyokong Kelantan, dicipta dengan tandukan Nor Farhan pada minit ke-92 dengan menyudahkan umpanan lambung ketua pasukan, Badhri Radzi selepas mendapat tolakan Khalid dari sebelah kanan.

Bagaimanapun pesta kegembiraan dan kebingitan sorakan itu langsung lenyap lapan minit kemudian apabila ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah menanduk rendah daripada umpanan lambung kanan Surendran untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Malah Surendran hampir menjaringkan gol kemenangan Selangor menerusi rembatan deras kaki kanannya pada minit ke-113 yang bagaimanapun berjaya ditepis keluar Shahrizan dengan meyakinkan.

Syabas Selangor....Pasni Piala Liga Super Dan Piala Malaysia!!

Sumber : selangorfc.com

Friday, April 24, 2009

Selangorrrrrrrrrrrr...............





Askum...selamat pagi.Final Piala FA berlaku lagi...kali ni mcm biasa yang beraksi di pentas final mestilah si jagoan MERAH KUNING....Ohaiiiiiii,negeri kelahiranku beraksi lagi malam ni...Yang besh plak lawan si budak konon-kononnya PAHLAWAN MERAH...Kelate!!Pahlawan Merah???mcm nama hero budak-budak sekolah jer...lantaklah,yang penting malam ni aku tak sabar-sabar nak tgk team kesayangan aku THE REDS GIANT merangkul piala..mlm ni plak ada AF...Akademi Fantatsia..aduyai,nasib bayekk tak tido kampung....kalu tak hampeh ler tak dapat tengok bola final nih...nasib baik gak yang my wife ni sorang yang memahami aku...lagipun dia dah tak berapa nak layan AKADEMI FANTATSIA kali ni...dah jemu katanya...orait gak tuh...oklah kita saksikan saper yang kena malam ni...!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

IMBASAN FINAL TERDAHULU
Piala FA edisi ke-20 kali ini adalah merupakan kehadiran ketujuh skuad Merah Kuning dalam kancah perlawanan akhir. Mampukah Selangor menggapai kejuaraan buat kali kelima? Imbas kembali setiap satu daripadanya:
1990 Selangor 2 Perak 4
1991 Selangor 1 Perak 0
1997 Selangor 1 Pulau Pinang 0
2001 Selangor 1 Sarawak 0
2005 Selangor 4 Perak 2
2008 Selangor 2 Kedah 3


Laluan Ke Perlawanan Akhir

Kemaraan Selangor ke final 2009 bermula dengan perlawanan pusingan kedua menentang skuad jiran tetangga Kuala Lumpur. Diberi tentangan sengit oleh skuad Liga Perdana itu, Selangor hanya mara dengan agregat 2-1. Menanti di suku akhir adalah seteru lama yang mempunyai sejarah panjang dalam Piala FA, Perak. Namun, pasukan Seladang yang rata-rata dibarisi pemain muda berjaya dijinakkan dengan agregat 4-1 seterusnya menemukan Selangor dengan pendahulu Liga Super kini, Perlis. Hanya satu nama yang menyinar dari kedua-dua pertemuan separuh akhir timbal balik dengan skuad Singa Utara itu, Amri Yahyah. Dikenakan kad merah dalam perlawanan pertama yang berakhir 1-1 di Kangar, Amri kembali menghantui Perlis hasil dua jaringannya di Shah Alam termasuk gol kemenangan pada masa kecederaan, seterusnya membuka peluang kepada pertemuan final bersejarah menentang Kelantan.

Sumber : selangorfc.com